Bahan-bahannya: ( 6 biji- 7cm acuan )
90gm butter
700gm gula halus
1 biji telur
40ml susu segar
sedikit vanila esen
110gm tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil pandan emulco
Cara-cara membuatnya:
1. Pukul butter sehingga lembut. Kemudian masukkan gula, pukul sehingga putih.
2. Masukkan telur sikit demi sedikit. Pukul sehingga semuanya sebati. (sebelum masukkan telur ke dalam adunan, pukul dulu sikit telur tu dengan garfu. Tak perlu kembang). Kemudian masukkan esen vanila. Pukul lagi sehingga sekata.
3. Masukkan pula tepung yang telah diayak dengan baking powder ke dalam no.2 sedikit demi sedikit sebanyak 3 kali berselang seli dgn susu segar sambil di kacau. (tepung-susu-tepung-susu-tepung)
4. Bahagikan adunan kepada 2. Ambik satu bahagian adunan, masukkan pandan emulco dan kacau sehingga sebati.
5. Isikan cup muffin dengan dua adunan yang berlainan itu. Bakar selama 25-30minit dengan suhu 180C.
6. Siap untuk dimakan,
" Semakin jauh perjalanan, semakin hampir dekat kematian. Semakin bertambah bebanan, semakin kurang pula keupayaan. Hanya iman dan keyakinan mampu mengayuh perahu kehidupan... Penuh ketenangan merempuh ujian. Teluslah dengan ALLAH, teluslah sesama INSAN. Berhijrahlah kita ke daerah kebaikkan"
SeInDaH SaLaM.. SeMaNiS SeNyUmAn
Friday, June 11, 2010
KeK CaWaN PaNdAn
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment