SeInDaH SaLaM.. SeMaNiS SeNyUmAn

"BeAuTiFuL DaY"

Daisypath Anniversary tickers

My StReNgHt

xslide1.gif xslide2.gif xslide42.gif

bHQ9MTI1MDE3NzY3Njc*NiZwdD*xMjUwMTc3Nzg3NzY2JnA9NTQ3ODEmZD*mbj1mcmllbmRzdGVyJmc9MSZvPTI*ZTMxM2VmNDIyODQ4ZTk5OWFkZWJiMDAzZWRjZTY3.gif

My WeDdINg

Showing posts with label renungan. Show all posts
Showing posts with label renungan. Show all posts

Tuesday, April 19, 2011

@@@ ALeRt *****

Kata Nabi Muhammad s.a.w


• Siapa yang tinggalkan Solat Subuh tiadalah padanya nur diwajahnya
• Siapa yang tinggalkan Solat Zohor tiadalah padanya rezeki yang berkat
• Siapa yang tinggalkan Solat Asar tiadalah padanya kekuatan badan …….
• Siapa yang tinggalkan Solat Maghrib tiadalah padanya anak-anak yang
bermanfaat.....
• Siapa yang tinggalkan Solat Isyak tiadalah padanya tidur yang nyenyak ....


( Sampaikanlah daripada Nabi Muhammad saw itu walaupun satu ayat )

“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya” Surah Al-Baqarah ayat 286

Lima perkara semua kita mahukannya dan kita usaha untuk mendapatkannya:-
1. Wajah yang cantik
2. Duit yang banyak
3. Kesihatan yang baik
4. Anak2 yang cerdik dan berjaya macam kita
5. Tidur yang nyenyak tanpa gangguan

Senang jer untuk mendapatkannya… Hanya 15 minit setiap hari
Renung-renungkan & Selamat Baramal.

Read more...

Sunday, October 31, 2010

@@ JaNgAn TeRLaLu MeMiLiH @@

Jika kamu memancing ikan....Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu....Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja....Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga .........

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya....Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja....Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu. ...

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu. ...Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula.... Akhirnya ia dibuang....

Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya....Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa....Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.

Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat.Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..Terlalu ingin mengejar kelazatan.Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..... yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU. ..MENGASIHIMU. ..Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.

Terlalu mengejar kesempurnaan.Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain... Kamu juga yang akan MENYESAL.....


Read more...

Saturday, October 16, 2010

*** HaRgAi DiRiNyA***

Jika isteri menangis dihadapanmu….
“hargai lah ia sblm terlewat…”
Jika seorang isteri menangis dihadap...anmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…
Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..
Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kacuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu.
Dia akan menurunkan rasa EGOnya.
Wahai suami2, jika seorang istri pernah menangis karenamu, tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam …
Wahai suami2, jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jangan menyia-nyiakannya. Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.
Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu. Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ?
Apakah keistimewaan perempuan ini ? ”
Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..
SENYUMAN’nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .
PELUKAN & CIUMAN’nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..
Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..
Dia TERHARU Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya. ..
Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN’nya. .
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..
TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.
Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI krn 1 hal…
Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”…

Sebarkan ini ke SELURUH ISTERI2 yg soleha dan SUAMI2 yang kamu kenal agar mereka tidak lupa bahwa ISTERI mrk begitu berHARGA… Dan sangat berHARGA.

Read more...

Sunday, July 11, 2010

TiPs....

TIPS CINTA SUAMI ISTERI

1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.

2. Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.

3. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.

4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.

5. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.

6. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.

7. Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.

8. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan, jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari.

9. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada disisi.

10. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.

11. Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya.

12. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.

13. Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.

14. Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.

15. Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarga.

16. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.

17. Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya.

18. Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.

19. Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu.



Read more...

PeTuA 8 P

Hai kawan2... Hr tue aku ader surf internet... Dan aku terjumper PETUA... bkn PETUA memasak tau... Tp...PETUA rumahtangga... PETUA ini aku dptkan dr Ustazah
Siti Nur Bahyah.... So...enjoy ur reading...

1) P yang pertama ialah 'puji' iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terim! a kasih apabila diberi pertolongan.

2) Katanya, P kedua ialah 'peluk' yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.

3) P seterusnya ialah 'penghargaan' di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.

4) 'Perhatian' adalah P keempat yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan, katanya yang menulis buku Cakar Harimau - Tips Kebahagiaan Rumah Tangga, Amalan Ibu Mengandung dan Panduan Mencerdaskan Minda.

5) Siti Nur Bahyah berkata, P seterusnya mewakili 'persefahaman'

6) Menurutnya, P selanjutnya membawa maksud 'pergaulan' iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.

7) Beliau berkata, satu lagi P adalah 'percutian' di mana kita perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangan di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin.

8) Katanya, P yang terakhir ialah 'permohonan' iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.

Siti Nur Bahyah juga menurunkan beberapa amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri iaitu membaca surah Al-Imran ayat ke-31 atau membacakan ayat ke-200 surah sama bagi mengurangkan panas baran suami.
Beliau berkata, kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah.
Katanya, apabila seseorang insan mengabaikan tanggung jawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong.

"Ketika kita jauh daripada Allah, iblis yang suka umat manusia bercerai-berai akan menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggung jawab terhadap keluarga," katanya
"sampaikanlah pesanan yang bermanfaat walaupun 1 ayat"
.


Read more...

MaLaM PeRtAmA aKn TiBa

Satu hal sebagai bahan renungan Kita... Tuk merenungkan indahnya malam pertama... Tapi bukan malam penuh kenikmatan duniawi semata... Bukan malam pertama masuk ke peraduan Adam Dan Hawa...

Justru malam pertama perkawinan kita dengan Sang Maut... Sebuah malam yang meninggalkan isak tangis sanak saudara... Hari itu... Mempelai sangat dimanjakan... Mandipun... Harus dimandikan... Seluruh badan kita terbuka... Tak ada sehelai benangpun menutupinya... Tak ada sedikitpun rasa malu... Seluruh badan digosok dan dibersihkan... Kotoran dari lubang hidung dan anus dikeluarkan... Bahkan lubang-lubang itupun ditutupi kapas putih... Itulah sosok kita... Itulah jasad kita waktu itu...

Setelah dimandikan... Kitapun akan dipakaikan gaun cantik berwarna putih... Kain itu... Jarang orang memakainya... Kerana sangat terkenal bernama Kafan... Wangian ditaburkan ke baju kita... Bahagian kepala, badan dan kaki diikatkan... Tataplah, tataplah... Itulah wajah kita... Keranda pelaminan... Langsung disiapkan... Pengantin bersanding sendirian...

Mempelai diarak keliling kampung yang dihadiri tetangga... Menuju istana keabadian sebagai simbol asal usul... Kita diiringi langkah longlai seluruh keluarga... Serta rasa haru para handai taulan... Gamelan syahdu bersyairkan adzan dan kalimah dzikir... Akad nikahnya bacaan talkin... Berwalikan liang lahat... Saksi-saksinya nisan-nisan... Yang telah tiba duluan... Siraman air mawar... Pengantar akhir kerinduan...

Dan akhirnya... Tiba masa pengantin... Menunggu dan ditinggal sendirian... Tuk mempertanggungjawabkan seluruh langkah kehidupan... Malam pertama yang indah atau meresahkan... Ditemani rayap-rayap dan cacing tanah... Di kamar bertilamkan tanah... Dan ketika 7 langkah telah pergi... Sang Malaikat lalu bertanya... Kita tak tahu apakah akan memperolehi Nikmat Kubur... Ataukah Kita akan memperolehi Siksa Kubur... Kita tak tahu... Dan tak seorang pun yang tahu...

p/s: Marilah membuat keseimbangan dalam kehidupan kita... Sebelum kita menuju

ke ''Malam Pertama Kita''...

Read more...

Tuesday, June 29, 2010

LuV @-->--

Kata-kata mutiara tentang cinta

Agar cinta tidak menjerumuskan kita ke dalam lubang kehinaan, ada baiknya kita mengambil hikmah dari sumber-sumber Islam dan perkataan para ulama berikut ini.

Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia, ia laksana setitis embun yang turun dari langit, bersih dan suci. Cuma tanahnyalah yang berlain-lainan menerimanya. Jika ia jatuh ke tanah yang tandus, tumbuhlah oleh karena embun itu kedurjanaan, kedustaan, penipu, langkah serong dan lain-lain perkara yang tercela. Tetapi jika ia jatuh kepada tanah yang subur, di sana akan tumbuh kesuciaan hati, keikhlasan, setia budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai yang terpuji.

Hamka

Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat.

Hamka

Tanda cinta kepada Allah adalah banyak mengingat (menyebut) Nya, kerana tidaklah engkau menyukai sesuatu kecuali engkau akan banyak mengingatnya.

Ar Rabi’ bin Anas (Jami’ al ulum wal Hikam, Ibnu Rajab)

Aku tertawa (hairan) kepada orang yang mengejar-ngejar (cinta) dunia padahal kematian terus mengincarnya, dan kepada orang yang melalaikan kematian padahal maut tak pernah lalai terhadapnya, dan kepada orang yang tertawa lebar sepenuh mulutnya padahal tidak tahu apakah Tuhannya ridha atau murka terhadapnya.

Salman al Farisi (Az Zuhd, Imam Ahmad)

Sesungguhnya apabila badan sakit maka makan dan minum sulit untuk tertelan, istirahat dan tidur juga tidak nyaman. Demikian pula hati apabila telah terbelenggu dengan cinta dunia maka nasehat susah untuk memasukinya.

Malik bin Dinar (Hilyatul Auliyaa’)

Cintailah kekasihmu sekadarnya saja, siapa tahu nanti akan jadi musuhmu. Dan bencilah musuhmu sekadarnya saja, siapa tahu nanti akan jadi kekasihmu.

Ali bin Abi Thalib

Engkau berbuat durhaka kepada Allah, padahal engkau mengaku cinta kepada-Nya? Sungguh aneh keadaan seperti ini. Andai kecintaanmu itu tulus, tentu engkau akan taat kepada-Nya. Kerana sesungguhnya, orang yang mencintai itu tentu selalu taat kepada yang ia cintai.

A’idh Al-Qorni

Demikianlah beberapa kutipan dari sedikit tokoh-tokoh Islam yang semoga kita dpt ambil hikmahnya. Semoga Allah memudahkan saya untuk menambah koleksi ini dan memberikan manfaat kepada pembacanya.


Read more...

Monday, June 28, 2010

****IsTiLaH CiNtA****

Kata cinta, merupakan wakil dari perasaan kasih, sayang, atau rindu yang sangat dalam. Namun dalam konteks atau kadar kalimat tertentu, ia juga mewakili perasaan sedih.

Cinta adalah salah satu sumber kekuatan unik dalam diri manusia. Ia menjadi tenaga penggerak hati dan jiwa yang akan menghasilkan sikap, perbuatan dan perilaku.

Cinta adalah kekuatan yg mampu
mengubah duri jadi mawar
mengubah cuka jadi anggur
mengubah sedih jadi riang
mengubah amarah jadi ramah
mengubah musibah jadi muhibah.

Bagi seorang muslim dan beriman, cinta terbesar dan cinta hakiki ialah cinta kepada Allah. Bentuk cinta dapat kita wujudkan dalam berbagai rupa tanpa batas ruang dan waktu dan kepada siapa atau apa saja asalkan semuanya bersumber dari kecintaan kita kepada Allah dan krn menggapai Redha-Nya.

Read more...

Saturday, June 5, 2010

ReNuNgKaN SeKeTiKa

Pada hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yangbernama 'Huraisy' berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy inidari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi. Malaikat Jibril bertanya : 'Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapayang kau cari?' Huraisy pun menjawab, 'Aku mahu mencari lima orang.'

'Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang.
Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat.
Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya.
Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid.
Kelima, orang yang suka minum arak.'

Read more...

Tuesday, April 6, 2010

TuJuH AyAt - AyAt CiNtA

Sabda Rasulullah SAW: "Barangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah s.w.t dan malaikat dan akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan...."

BISMILLAHHIRRAHMANNIRRAHIM

Setiap kali mahu memulakan sesuatu

ALHAMDULILLAH
Setiap kali menyudahkan sesuatu

ASTAGHFIRULLAH
Setiap kali tersilap mengatakan sesuatu

INSYA ALLAH
Jika ingin melakukan sesuatu di masa akan datang

LAHAULAWALAQUATAILLAHBILLAH
Bila tidak mampu melakukan sesuatu

INNALILLAH
Jika timpa musibah

LAAILAAHAILLALLAH
Bacalah sepanjang siang dan malam
sebanyak-banyaknya
moga-moga kita tergolong di kalangan
yang terpilih Allah S.W.T

*Petikan Majalah Rapi*

p/s: Tenang mendepani Laut China Selatan...
Debur ombak menghiburkan....
Menghalau segala galau....
Membenam segala rawan...

Read more...

Sunday, April 4, 2010

Ya Allah...


Ya Allah…
Aku amat bersyukur pada-Mu..
Hati ini Engkau titip kan rasa mahu pada-Mu..
Hati ini Engkau sentuh lembut,dan penuh syahdu…
Engkau buat aku terleka pada-Mu..
Aku sikit pun tak mahu merajuk dari-Mu…
Kerana Engkau selalu memujukku…

Ya Allah…
Mencintai-Mu suatu nikmat…
Itulah nikmat yang selalu aku minta pada-Mu…
Nikmat yang akan buat aku tidak memiliki selain-Mu..
Kerana memiliki-Mu adalah nikmat pada sebuah hati…

Ya Allah…
Merasa lunak berbicara dengan-Mu…
Membuatkan aku
mahu menceritakan segalanya walaupun Engkau telah tahu..
Kerana..
Berbicara dengan –Mu membuatkan aku merasa hiba..
Membuatkan ku ingin terus berlari menuju-Mu..Mendakap-Mu semahu ku..

Ya Allah..
Aku bangga Ya Allah..
Engkau adalah Tuhanku…

Read more...

Friday, March 19, 2010

...SepUpU KeMbArKu...

akhirnya dapat gak aku melihat gambar mereka
pic ni di send oleh ayah time ayah g ziarah mereka
mereka adalah sepupu kembar aku yg baru lahir minggu lepas..
aku sangat teruja nk jmpa mereka
yelah..
selalunya jmpa bdk kembar yg dah besar
tengok bayi yg baru lahir belum pernah lagi
so..
so im sooo curious to meet them!!
both of the them boy
not sure dengan nama diorg
kalau x silap...
Fahim dan Fahmi
x sabar kakak sepupu nak lawat adik sepupu die..

p/s.. Bestnyer dpt anak kembar..




Read more...

Thursday, March 11, 2010

...AkU dan SeSuAtU...


Jauh Perjalanan
Telahku Jelajahi
Membawa Seribu Impian
Berbekal Pengalaman
Mampukah Aku Melangkah
Menuju Satu Daerah
Masihkah Ada
Sinar Yang Menanti

Masa Dijanji Pasti Tiba
Ku Kan Dijemput Ke Sana
Bimbang Langkah Ku Terhenti
Ku Terpaut Dipersimpangan
Tak Inginku Mengngati
Detik Hitam Semalam
Tinggallah Semua
Jadi Kenangan

Keranamu Kan Ku Gagahi
Untuk Terus Sisa Hidup Ini
Biar Ku Tebus Segala Dosa
Selagi Jasad Bernyawa

Leraikanlah Rasa Hatiku
Padaku Hanya Engkau Yg Satu
Belum Pernah Ku Terasa
Hebatnya Cintamu

Sungguh Kau Lebih Mengerti
Apa Tersirat Di Dalam Diri
Ku Mohon Rasa Kasih Yang Abadi

Jujur Ikhlaskah Hati Ini
Menyintai Mu Sepenuh Hati
Ataukah Sekadar Bila Diuji
Rahmat Dan Kasihmu Tiada Sempadan
Biarpun Jiwa Dalam Kelalaian
Dihasut Dengan Pelbagai Godaan

Read more...

Monday, March 8, 2010

RaHsIa DiRiKu

APRIL

Sangat aktif dan dinamik.
Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.
Sangat menarik dan pandai menjaga diri.
Punya daya mental yang sangat kuat.
Suka diberi perhatian.
Sangat diplomatik (pandai memujuk ).
Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.
Sangat berani dan tiada perasaan takut.
Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.
Emosi cepat terusik.
Cuba kawal perasaan.
Kecenderungan bersifat pendendam.
Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.
Kuat daya ingatan.
Gerak hati yang sangat kuat.
Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.
Berpenyakit disekitar kepala dan dada.
Sangat cemburu dan terlalu cemburu


WANITA API
Wanita api dilahirkan di bawah lambang
Aries(21 Mac-20 April),
Leo(24 Julai-23 Ogos) dan
Sagittarius(23 November-21 Disember).

* Dilahirkan sebagai pemimpin
* Mempunyai kekuatan diri dan biasanya enggan
menerima pendapat orang lain walaupun ianya benar.
* Seorang yang artistik dan sukar dijangka,tetapi biasanya
romantis dan tidak pemalu.
* Mempunyai personaliti suka menguasai dan mendominasi
tetapi boleh mengimbangi sifat-sifat ini dengan sikap yang
pemurah,mesra dan menunjukkan sifat yang mendalam
t erhadap sesuatu yang disukainya.
* Suka berterus terang dan tidak berselindung menyebabkan
orang yang dikasihi mersa sedih dan terhiris.
* Jujur dan mahu hubungan peribadi berjalan dengan lancar.
Wanita api harus diberikan ruang yang cukup luas
untuk menjadikan perhubungan itu terus berkesan.
* Tidak keberatan untuk beralih arah jika berasa tertekan.

Read more...

Monday, March 1, 2010

SeJaDaH RiNdU

Tersapaku..
Di sejadah rindu
Dalam kalimat-kalimat yang shahdu
Bait-bait kata menyentuh kalbu
Memecah kesunyian di hati yang beku
Terpendam rasa syukur padaMu...

Memandang ke langit biru
Mencongak keindahan kebesaranMu itu
Tersentuh di jiwa yang kaku
Ayat-ayat cinta disusun bersatu
Di sejadah rindu

Menadah tangan memohon restu
Perjalanan menuju destinasiMu
Moga tak terlupa masa yang akan berlalu
Pintu Hidayah dariMu

Untuk hambaMu yang menanti selalu

Read more...

KaSiH SaYaNg

Kasih manusia sering bermusim
Sayang manusia tiada yang abadi
Kasih Allah tiada bertepi
Sayang Allah janjinya pasti


Read more...

RiNtihAn HaTiKu

Ya Allah
Himpunan dosa-dosaku telah membawaku
untuk bergantung harap kepada-Mu...
Seringkali diri ini tertewas
dalam mujahdah mendidik diri...
Kau ikhlaskanlah hati ini
dalam melaksanakan amal islami ini...
Bukan perhatian manusia yang kuraih
namun tumpuan kecintaan dan pengabdian
kepada-Mu yang teramat kudambakan...
Pimpinlah daku dalam melayari hidup ini
Bantulah hamba-Mu ini
dalam meniti jalan mujahadah dan istiqamah...
Anugerahkanlah kepadaku cinta-Mu
dan cinta-cinta insan yang mencintai-Mu...
Ameen Ya Rabbal 'Alamin...

Read more...

Sunday, February 28, 2010

KeTeNaNgAn AbAdi

Tidak ada ketenangan yang benar2 tenteram selain berada disisi ALLAH... Kerana ALLAH menyintai ketenteraman AS-SALAM, ketenangan & kesejahteraan itu adalah salah satu nama-NYA... Semakin kita dekat pada ALLAH semakin diri kita merasa tenang, walaupun musibah menimpa... Musibah sekadar ujian untuk memantapkan iman kita... Manusia yang sabar akan sentiasa dicintai ALLAH...

Airmata tanda masih mempunyai rasa itu tandanya kita manusia,air mata membasuh dosa, air mata jua tanda kesyukuran sejernih warnanya..ada ketika, ianya untuk menceritakan apa yg ada di hati...fitrah manusia hari pertama di dunia kita menanggis ... memang ia perkara pertama yg kita tahu untuk menyatakan segala keperluan pada si ibu .... akhir usia kita juga di tangisi datang dgn air mata pergi pun sama akrab nya kita dgnnya teman suka dan duka dlm air mata tercerita seribu satu kisah..

Terima kasih kerana menjadi kawan, teman dan sahabat saya...

Read more...

10 WoRdS LeTtErS


The most selfish one letter word..........."I" -- Avoid it.

The most satisfying two-letter word........"WE" -- Use it .

The most poisonous three-letter word......."EGO" -- Kill it.

The most used four-letter word........"LOVE" -- Value it.

The most pleasing five-letter word......."SMILE" -- Keep it.

The fastest spreading six-letter word......"RUMOUR" -- Ignore it.

The hardest working seven-letter word....."SUCCESS" -- Achieve it.

The most enviable eight-letter word......."JEALOUSY" -- Distance it.

The most powerful nine-letter word......."KNOWLEDGE" -- Acquire it.

The most essential ten-letter word......"CONFIDENCE" -- Trust it
interesting right?

Read more...

Tuesday, February 23, 2010

'''MuHaSaBaH DiRi'''

Umurku semakin berkurangan..

Adakah amalku bertambah atau dosaku bertambah? Adakah amalku berkurang atau dosaku berkurang? Adakah aku masih manusia yang masih belum mengerti erti hamba?

Wahai diri...

Kembalilah kejalan Tuhan-Mu...

Wahai diri...

Bersihkanla dirimu...

Muhasabahlah jiwa mu...

Lunakkanlah hatimu dalam mengingati-Nya...

Jangan engkau hanya pandai mengatakan cinta,

Tapi setelah engkau di uji ternyata engkau pendusta..

Huh!,
Aku sungguh zalim...

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My OfFiCe