SeInDaH SaLaM.. SeMaNiS SeNyUmAn

"BeAuTiFuL DaY"

Daisypath Anniversary tickers

My StReNgHt

xslide1.gif xslide2.gif xslide42.gif

bHQ9MTI1MDE3NzY3Njc*NiZwdD*xMjUwMTc3Nzg3NzY2JnA9NTQ3ODEmZD*mbj1mcmllbmRzdGVyJmc9MSZvPTI*ZTMxM2VmNDIyODQ4ZTk5OWFkZWJiMDAzZWRjZTY3.gif

My WeDdINg

Wednesday, September 30, 2009

PeKaBor..

Assalammualaikum...
Hmm.. dah hampir seminggu sekolah bermula.. Hari raya masih terasa. Hr isnin hr tu..aku xder mood nk ngajor. Enjin msh cuti lagi.hehehe. Msh dlm mood raya.. Hari kedua br mood raye dh krg.. Sebenarnyer..byk cite yang nk di ceritekan pada korang.. Psl hari raya, psl suka duka aku sepanjang aku bercuti.. Nantilah ye.. biler aku dh brsedia aku cite eh.

Read more...

Saturday, September 26, 2009

SeLaMat Hari RaYa..



Read more...

Thursday, September 17, 2009

@@@ AnDai KaTa @@@

"Andai kata CINTA itu suatu pengorbanan,

Mengapa pengorbanan itu bukan noktah sebuah CINTA?

Andai kata DERITA itu harga sebuah CINTA.

Mengapa CINTA itu semakin sukar untuk dimiliki?

CINTA ... Umpama Kota Kristal,

Indah di penglihatan,

Derita di perasaan...."

Read more...

Tuesday, September 15, 2009

SiApAkAh OrAnG YaNg PaLiNg SiBuK????

Siapakah orang yang sibuk ?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.
Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk - numpukkan harta
.
Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.
Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikan lalu kuburnya menghimpitnya
.
Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka.

Read more...

..SeLaMaT TiNgGaL..

"Ya Allah, inilah bulan Ramadan yang didalamnya Engkau telah menurunkan Al-Quran yang telah berlalu. Aku berlindung dgn kekuasaanMu yang mulia, wahai pemilik fajar yang terbit dari malam2ku dan pemilik bulan Ramadan yang sudah berlalu ini. KepadaMu aku mengadukan kesalahan dan dosaku yang dengannya engkau akan menyeksaku pada hr perjumpaan denganMu kelak. Ya Allah! Janganlah engkau jadikan puasa ini sebagai puasa yang terakhir dalam hidupku. Seandainya Engkau bertetapan sebaliknya, maka jadikanlah puasaku ini sebagai puasa yang dirahmati bukan yang sia-sia semata. Ya Allah! Jadikanlah puasaku didalamnya mendapatkan hadiah pahala serta diterima sebagai amalan yang mendatangkan keredhaanMu dan daripada RasulMu. Serta dihubungkan cabang-cabangnya dengan pokok, dengan hak kemuliaan Nabi Muhammad SAW dan ahli keluarga Baginda SAW yang suci"
....Amin....

Read more...

Sunday, September 13, 2009

KaSiH



Kasih pada bunga,

Ia akan layu ...

Kasih pada manusia,

Ia akan mati..

Kasih pada Allah ,

Itulah kasih yang kekal abadi..

Read more...

@@SaLaM**

Halooo..... Dah lame aku tak berblog. Maklumlah skrg ni aku terlalu busy.. Mggu lepas from 8hb till 10 hb/09/2009 aku busy sgt. Aku jd pengawas peperiksaan UPSR kat SK Kg Aur..alaaa sblh ibam jer... Hbs jg peksa aku ader meeting lak.. Busy memanjang. Harap2 mggu ni leh la aku lepak jap.. Lg pun.. ni mggu last kiter berposa.. Tahun ni, aku buat satu jenis jer kuih.. yg lain aku beli..hehehe. Siap tel ibu x pyh buat kuih.. Along dh siap buat..buat kt kedai hehehhe.. Hmmm....Kesian ibu.. Raya kali ni kami x dpt nk tlg sgt.. Kami sume di perantauan.. Jumaat ni br blk.. Balik kampung..ooooo..balik kampung..hati girang.. Ok kiter jumpe di kg ya... Ibu ,ayah dan adik2ku tunggu kepulangan along ya.. Bye..
Read more...

Monday, September 7, 2009

**DeSsErT** Puding Karamel

Bahan-bahan
400cc(400ml) susu segar/susu cair
5 sudu besar gula halus
3 biji telur- pada suhu bilik
2 biji telur kuning-pada suhu bilik
2-3 titik esen vanila
[ KARaMEL ]
5 sudu besar gula
2 sudu besar air
Cara-cara
1. Sediakan karamel: Masukkan gula ke dalam periuk dengan 1 sudu besar air. Masak di atas api
sederhana. Bila nampak sedikit perang, masukkan 1 sudu lagi air. Masaklah sehingga perang.
Tuang ke dalam loyang. Ketepikan.
2. Masukkan telur dan kuning telur ke dalam mangkuk. Sambil dikacau masukkan gula sedikit
demi sedikit. Kacau dengan perlahan sehingga sebati. Jangan biarkan berbuih.
Dalam periuk lain masukkan susu dan esen vanila. Panaskan sehingga 60 degree. Jangan
sampai mendidih.
3. Dengan susu yang masih panas lagi, masukkan sikit demi sedikit susu ke dalam telur tadi.
Kacau sehingga sebati. Tuang ke dalam loyang yang ada karamel tadi.
4. Tutupkan loyang dengan 2 lapis aluminium foil. Kukus dengan api sederhana selama 30 minit
Atau boleh juga dibakar di dalam oven. Tapi perlulah diletakkkan air suam ke dalam dulang
pembakar. Bakar selama 40-45 minit pada suhu 150 degree.
5. Bila dah masak. Jangan buka aluminium foil. Biarkan 5 minit. Kemudian bolehlah dibuka.
Bila sejuk bolehlah disimpan dalam peti ais .

Read more...

Saturday, September 5, 2009

Ku PeRgi JuA


Read more...

Thursday, September 3, 2009

**** MaLaM PeRtAmA****

" Pada satu masa yang di tetapkan kita pasti di RISIK..
PERTUNANGAN sejak azali di hujung hadap nanti..
Berlangsung PERKAHWINAN dengan maut..
Hantaran sakit dan nazak tamu bertandang menghadiahkan 'tanus'..
Akad nikah bacaan talkin, berwalikan liang lahad..
Bersaksikan nisan, siraman mawar,keluarga terdekat..
MALAM PERTAMA berdindingkan tanah..
Menuntut janji sebuah PERKAHWINAN "

Read more...

SmS..?

SmS.. bermulalah detik perkenalanku dengan seseorang.. Nk tahu sape? Biarlah rahsia...hehehe. Hanya mggunakan perkataan SmS, dier dpat membina tujuh ayat yang bermakna.. Logik kan.. Korang bayangkan..Aku katakan padanya... "Andainyer nyawaku berada disaat2 akhir menghadapi Sakaratul Maut.. Ape yang akan awak katakan pada saya..buat kali terakhir? Korang tgk kt bawah.. apa yang dia katakan padaku.
SmS- Sedih Memang Sedih
SmS- Sehingga Merasa Sayu
SmS- Semasa Menanti Sakaratul Maut
SmS- Sambil Mengucap Selawat
SmS- Saya Memperlahankan Suara
SmS- Sambil Menyatakan Sesuatu
SmS- "Sayang Mengucap Sayang"
" Ya Allah .. nak menjerit rasenyer bl aku dengar dia kata mcm tu kt aku.. Insaf aku seketika" hehehehe.

Read more...

Wednesday, September 2, 2009

"BeRsYuKuRLaH"

Kekadang kita minta daripada Allah setangkai bunga segar
Ia beri kaktus berduri
Kita minta kupu-kupu
Diberi ulat berbulu
Kita sedih dan kecewa
Namun kemudian
Kaktus itu berbunga
Indah sekali!
Dan ulat itu pun menjadi kupu-kupu
Cantik sekali!
Itulah jalan Allah
Indah pada masanya
Allah tidak memberi apa yang kita harapkan
Tetapi Dia memberi apa yang kita perlukan
Kadang kita sedih
Kecewa, terluka
Tetapi jauh di atas segalanya
Dia telah mengatur yang terbaik dalam hidup kita
Sesungguhnya percayalah akan janji Allah kepada orang-orang yang beriman
Semoga kita di beri kekuatan untuk terus beriman kepadaNya
Kekalkan persaudaraan antara kita...

Read more...

MmMmMm.. Sedapnyer...

Roti Gulung Sosej
Bahan-bahan ( 4 orang )
8 keping roti tawar (gardenia @ apa saja) - dibuang tepinya
8 sosej ayam @ daging
1 biji telur - dipukul sedikit
secubit garam
sedikit serbuk lada sulah
breadcrumbs (serbuk roti) - secukupnya
minyak untuk menggoreng

Cara-cara
1. Gelek roti hingga nipis/leper
2. Balut sosej dengan roti yg leper tadi..gulungkan
3. Potong lebihan sosej yg lebih ditepi roti supaya nmpk kemas
4. Masukan garam & serbuk lada sulah dlm telur. Celup gulungan roti td ke dalam telur
5. Salut @ golek2kan roti yg dh dcelup dgn telur ke dlm breadcrumbs
6. Goreng gulungan roti td ke dalam minyak yg panas hingga kuning keemasan
7. Dh siap..enak dmkn bercicah sos & mayonis .

p/s: Resepi ni aku belajar dr adik aku ajah.. Thanks ajah. Cara ni x banyak pakai minyak .. Bgs utk kesihatan. Cubalah.. Selamat berbuka puasa.

Read more...

GoOD mOrNiNg



Bangun...bangun sekolah... Itulah jeritan suara di waktu pagi yg sering ku dengar.. Suara itu akan mengejutkan ku serta anak2 ku di asrama..Hehehe... Suara siapa ek.. Lu pikir la sendiri..
Hmmm.. Dah kul 5.. Time sahur.. Kita sahur dulu.. Hmmm...Sebelum aku terlupa....

" Mulakan dengan senyuman di pagi hari.. Pasti dunia akan tersenyum melihat dirimu"

Read more...

Tuesday, September 1, 2009

LuV and MiSs U..

" To LOVE someone is nothing,
to be LOVE by someone is something,
But to LOVE and to be LOVE by someone is Everything"

Read more...

@@@@ TrAnSiT KiTa @@@@

Bandaraya transit?
Berapa lama kat sini?
Ada teman ke sorang2 aje?
Nak bawak bekal apa?
Anak bini, harta benda yang aku kumpul dulu mana?
Nak balik semula buat persiapan sikit boleh ke?
Kalau tak duduk sini boleh tak?
Kalau dah transit, lepas ni nak pegi mana pulak?

Nyesal pun tak guna.
Hidup kita ni la sekali aja.
Jadi marila kita buat kerja.
Kerja Nabi, ajak manusia pada Allah, tu lah kerja kita.
Natijah kerja jadi bekalan kita.
Umur kita dah la tak seberapa.

Kerja ni la yang kita dah lupa.
Kita ingat berniaga, pejabat, petani tu la kerja.
Walaupun kita bukan Nabi, tapi Allah nak muliakan kita.
Kalau ada kerja lebih baik dari kerja ni, dah tentu Allah beri pada Nabi2 punya.
Bila kita tak buat kerja ni, tu lah pasal kita jadi hina.
Kita rasa kita hina sebab tak ada harta,tak ada kerajaan dan tentera.
Tapi kita salah sangka.

Nabi dah tunjuk kita cara.
Macamana nak berjaya.
Sahabat2 Nabi pun manusia macam kita.
Ada kedai, ada kebun, ada keluarga.
Tapi mereka tak lupa buat kerja.
Mereka jadikan kerja Nabi sebagai maksud hidup mereka.
Di zaman Umar r.a, Allah beri 2/3 dunia.
Walau mereka tak ingin dan minta.
Mereka ingin apa yang Nabi ingin, semua manusia masuk syurga.
Bukan macam kita, silap sikit, kita cap dia ahli neraka.

Hari ni kita kena buat kerja yang sama.
Kalau nak berjaya macam mereka.
Jangan ambik jalan Yahudi dan Nasara.
Nanti kita rugi dan sengsara.
Jadi kita kena taubat dan kembali buat kerja asal kita.
Jika benar kita cintakan agama.
Nasihat ni dituju khas untuk diri SAYA.
Read more...

MeNu BeRbUkA


Menu hari ni untuk berbuka.. Aku teringin nk makan sangat. Sakit kepala mcm mane skali pun aku ttp nk buat.. Alhamdulillah jadi akhirnye donut ku... Aku nak kongsi resepi donut ni ngan korang sume.. Jgn lupe ambik pen dan kertas..salin la yer...hehehe

Resepi Donut (sedaaaaaaap)
Bahan-bahan ( 18 biji - saiz besar )
3 1/2 sudu kecil yis segera (mauripan)
1/4 cawan air suam
1 1/2 cawan susu segar, pada suhu bilik ATAU dipanaskan sedikit
1 cawan majerin
1 sudu kecil garam
2 biji telur
1/3 cawan shortening/butter
5 cawan tepung gandum
Cara-cara
1.Masukkan air suam dan yis ke dalam mangkuk yang besar (mixing bowl), biar 5 minit atau sehingga berbuih.
2. Masukkan susu, gula, garam, telur, shortening/butter dan 2 cawan tepung. Gaulkan sehingga sebati. Masukkan lagi tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. Uli doh sehingga permukaan ia jadi licin dan tidak melekat pada tangan.
3.Tutup mangkuk dengan kain lembab atau plastic wrap dan biarkan pada suhu bilik sehingga naik dua kali ganda. Bagi yg ada breadmaker, boleh sediakan doh dlm bread maker macam buat roti.
4.Taburkan sedikit tepung di atas papan canai, canaikan doh tadi kepada ketebalan 1/2 inci. Potong 'donut' dengan donut cutter. Bagi yg takde dunut cutter (macam sy), bahagikan doh kepada 18 bahagian yg seimbang. Bulatkan doh, buat lobang ditengah-tengah degan jari.
5.Tutup donut dengan kain kering dan rehat selama 30 minit atau sehingga naik dua kali ganda.
6.Panaskan minyak. Goreng donut dengan api kecil atau sederhana sehingga perang keemasan. Jangan guna api besar, nanti doh kat dalam tak masak.
7.Toskan minyak. Salut degan icing semasa donut itu masih panas.
P/S : Sedap dimakan, tapi jangan makan banyak2 nanti gebu macam donut ni! hehehe

Read more...

SeKaDaR ReNuNgAN KiTa....

Sekadar renungan...........buat peringatan buat diriku yang sering terlepas pandang. Aku telah menemui sebuah rumah yang usang. Rumah itu hanya berdindingkan buluh bertanggakan batang kelapa. Di serambi rumah itu ada beberapa anak kecil yang kelihatan lesu dan letih. Aku hampiri mereka lalu bertanya kepada yang paling tua antara mereka, seorang kakak yang berumur baru kira-kira 11 tahun:
"Mana emak? "
"Mak pergi menoreh," jawabnya.
"Mana bapak?"
"Bapak pergi kerja..."
"Habis tu adik yang kecil ini siapa yang jaga?"
Di situ ada seorang bayi dalam lingkungan umur 5 bulan.
"Adik ini sayalah yang jaga." Jawab budak berkenaan.
"Awak ada berapa orang adik-beradik?"
"Sepuluh."
"Adik ni yang ke berapa?"
"Saya yang kelapan."
"Mana abang-abang kamu pergi?"
"Tolong emak menoreh."
"Adik puasa hari ini?"
"Sama je makcik, puasa ke tidak.. Kami ni makan sekali je sehari..." Jawabnya.
Mendengar kata-kata itu aku sungguh terharu.
Lalu aku bertanya lagi
"Adik bersekolah dimana?"
"Saya tak sekolah.. Emak bapak tak mampu..".
"Bapak kerja apa?"
"Tangkap ikan kat sungai nak buat lauk bukak puasa ".
Budak itu memberi tahu, lebih baiklah bulan puasa berbanding bulan lain kerana pada bulan puasa mereka dapat makan kuih. Ada saja orang yang hantar. Aku berlalu dari situ dengan seribu-satu keinsafan. Kebetulan di simpang jalan ada orang menjual daging lembu tempatan. Aku beli satu kilo tulang lembu. Di kedai runcit pula, aku beli rempah sup dan sepuluh kilo beras untuk disedekahkan kepada keluarga itu. Bila saja aku beri barang-barang itu pada adiknya, dia melompat kegembiraan sambil menjerit "Yeh yeh..! Kita dapat makan daging malam ni..!". Aku bertanya kepada si kakak mengapa adiknya girang sangat. Dia memberitahu aku, sejak dari raya korban tahun lepas baru sekarang mereka berpeluang makan daging lembu sekali lagi. Seminggu kemudian aku datang lagi ke rumah itu. Bila mereka melihat aku datang, mereka girang menyambutku di pintu rumah. Kebetulan pada hari itu aku sempat berjumpa dengan ibu mereka. Sungguh menyedihkan cerita yang aku dengar: Anak yang berumur 4 tahun itu memberitahu padaku bahawa mereka sudah seminggu makan sup tulang yang aku berikan hari itu.
"Tiap-tiap hari mak buat sup, sedaplah Makcik.."
Aku bertanya kepada emaknya macam mana dia lakukan hinggakan sup itu boleh tahan sampai satu minggu? Dia memberitahu padaku bahawa pada hari pertama dia merebus tulang itu,dia telah berpesan kepada anak-anaknya agar tidak membuangkan tulang yang telah dimakan. Dia kutip semula semua tulang-tulang itu dan merebusnya semula untuk dimakan pada hari berikutnya. Itulah yang dia lakukan setiap hari. Dia berkata
"Kalau tidak dapat makan isi, hirup air rebusan tulang pun dah lebih dari cukup untuk anak-anak saya. Dia orang suka sangat.
" Aku bertanya lagi "Upah menoreh berapa kakak dapat?"
"Cuma RM3.00 sehari."
"Ayahnya bekerja macam mana"
"Kalau dia dapat ikan itulah yang dibuat lauk setiap hari."
Rupa-rupanya aku terlupa bahawa aku sebenarnya hidup dalam keadaan mewah.. Pernahkah anda menghirup air rebusan tulang yang direbus semula sepanjang hidup anda? Atau adakah anda buang saja tulang itu beserta daging-daging yang ada padanya kerana anda kata ianya "TAK SEDAP"? Mungkin kita sudah terbiasa hidup senang hinggakan kita lupa bahawa kalau pun kita susah, masih ramai lagi orang yang lebih susah dari kita.

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My OfFiCe