SeInDaH SaLaM.. SeMaNiS SeNyUmAn

"BeAuTiFuL DaY"

Daisypath Anniversary tickers

My StReNgHt

xslide1.gif xslide2.gif xslide42.gif

bHQ9MTI1MDE3NzY3Njc*NiZwdD*xMjUwMTc3Nzg3NzY2JnA9NTQ3ODEmZD*mbj1mcmllbmRzdGVyJmc9MSZvPTI*ZTMxM2VmNDIyODQ4ZTk5OWFkZWJiMDAzZWRjZTY3.gif

My WeDdINg

Friday, August 28, 2009

Rahsia senyuman...

Banyak rahsia senyuman yang perlu korang tahu.....


1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging
dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna
kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.

2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan
sahaja berupayamenceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada
kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira.
Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.

3. Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu
badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita
hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan
penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi
menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.

5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat
kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa,
tekanan darah dan kadar dengupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan
turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.

6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-
kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya
15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah
diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.

7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California
menjelaskan terdapat dua jenis 'stress' iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik.
Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan
memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.

8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen.
Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan
disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa. Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas
kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati
peningkatan hormon semakin baik seperti hormon 'endorphins' dan hormon
'neurotransmitters' dan penurunan tahap hormon stress 'cortisol' dan 'adrenaline' .

9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah
selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang
penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan
penyakit).

10.Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam
darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian
terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai
kaitan dengan sakit jantung.

11.Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung
merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat
Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40
peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.

12.Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma,
abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa 'mengurut' organ
dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan
meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan
psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

13.Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan
pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh
membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.

14.Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan
senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang
kronik. Senyum tidak perlu modal, hanya sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan
senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin
juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan
sesebuah ikatan.


Pujangga menyebut :" SENYUM ITU KELOPAK. KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA".

1 comment:

  1. Waalaikumussalam..
    Thanks ziarah blog sy. InsyaAllah sy akan teus berkarya..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My OfFiCe