SeInDaH SaLaM.. SeMaNiS SeNyUmAn

"BeAuTiFuL DaY"

Daisypath Anniversary tickers

My StReNgHt

xslide1.gif xslide2.gif xslide42.gif

bHQ9MTI1MDE3NzY3Njc*NiZwdD*xMjUwMTc3Nzg3NzY2JnA9NTQ3ODEmZD*mbj1mcmllbmRzdGVyJmc9MSZvPTI*ZTMxM2VmNDIyODQ4ZTk5OWFkZWJiMDAzZWRjZTY3.gif

My WeDdINg

Monday, August 31, 2009

Kasihan anak2ku...

( inilah sup ikan yang ibuku masak...sedappp..)

Alhamdulillahh..br lepas berbuka tadi.. Hr ni aku masak simple jer. Maklum ler kt sini aku lone ranger..Kalau kt kg ramai ahli.. Seronok bl dpt berbuka bersama..Macam2 nk masak.. Paling aku suke bl ibu ku masak sup ikan. Perghhh.. Mmg sedap.. SECUKUP RASA.. Masakan ibu.. mestilah bestkan.. Hmm.. Nak dijadikan cerite.. Ketika aku sedang berbuka puasa.. aku terdengar ketukan dipintu.. Aku terkejut.. dan aku pun membuka la pintu.. Korang nk tahu saper yg ketuk... jeng..jeng..jeng..suspen jer bunyi ..hehehhe. Anak2ku yang ketuk pintu tu.. Anak2? Korang mesti terkejut kan..Aku lone ranger ..mcm mane lak ader anak.. Sebenarnyer.. Aku ni dok kt asrama pusat SK Bukit Ibam. Aku jd warden kt sini..asrama ni pelajanyer majoriti orang asli..hehehe. Mcm x cayer kan.. Itu lah hakikatnyer.. Ehhh..Citer aku x habis lagi... Nape anak2 aku ketuk pintu? Aku tanya kt mereka knape.. Mrk bagitahu.. dewan makan asrama tutup. Kebetulan bdk2 ni puasa. So aku ajak mrk masuk kedalam umah. Aku jd panik.. Aku x tau nk masak ape. Aku buka peti sejuk..nampak telur ayam.. aku goreng telur n masak nasi lagi.. aku hidangkan lauk yang aku masak tadi.. alaaa biasa la tomyam sayur n terung goreng pedas.. Aku suruh mrk makan.. Kesian aku tgk anak2 aku makan.. Sedih bila aku tgk mrk.. Tapi, dlm sedih2 tu...aku rasa seronok plak bila aku ader teman berbuka... Alhamdulillah.. Itu saje cite utk hr nie. Hr pun dh lewat malam.. Esok nak bangun sahur n esok dh mula kerja.. X sabor nak g sekolah.. Gd nite everybody...mmmmuah.

Read more...

Some TiPs..

40 Tips for A Smoth Life

1. Take a 10-30 minutes walk every day. And while you walk, smile.
2. Sit in silence for at least 10 minutes each day..
3. Sleep for 7 hours.
4. Live with the 3 E's -- Energy, Enthusiasm, and Empathy.
5. Play more games.
6. Read more books than you did in 2007.
7. Make time to practice meditation, yoga, and prayer. They provide us with daily fuel for our
busy lives.
8. Spend time with people over the age of 70 & under the age of 6.
9. Dream more while you are awake.
10. Eat more foods that grow on trees and plants and eat less food that is manufactured in
plants.
11. Drink plenty of water.
12. Try to make at least three people smile each day.
13. Don't waste your precious energy on gossip.
14. Forget issues of the past. Don't remind your partner with his/her mistakes of the past. That
will ruin your present happiness.
15. Don't have negative thoughts or things you cannot control. Instead invest your energy in the
positive present moment.
16. Realize that life is a school and you are here to learn. Problems are simply part of the
curriculum that appear and fade away like algebra class but the lessons you learn will last a
lifetime.
17. Eat breakfast like a king, lunch like a prince and dinner like a beggar.
18. Smile and laugh more.
19. Life is too short to waste time hating anyone. Don't hate others.
20. Don't take yourself so seriously. No one else does.
21. You don't have to win every argument. Agree to disagree.
22. Make peace with your past so it won't spoil the present.
23. Don't compare your life to others'. You have no idea what their journey is all about. Don't
compare your partner with others.
24. No one is in charge of your happiness except you.
25. Forgive everyone for everything.
26. What other people think of you is none of your business.
27. GOD heals everything.
28. However good or bad a situation is, it will change.
29. Your job won't take care of you when you are sick. Your friends will. Stay in touch.
30. Get rid of anything that isn't useful, beautiful or joyful.
31. Envy is a waste of time. You already have all you need.
32. The best is yet to come.
33. No matter how you feel, get up, dress up and show up.
34. Do the right thing!
35. Call your family often.
36. Your Inner most is always happy. So, be happy.
37. Each day give something good to others.
38. Don't over do. Keep your limits.
39. When you awake alive in the morning, thank GOD for it.
40. Please Forward this to everyone you care about.
Read more...

AdAb2 MaKaN ...

BINA PERIBADI WAKTU MAKAN
Pakar motivasi bebas Prof. Hazrina Binti Zainal menyarankan agar ibubapa menjadikan waktu makan sekeluarga sebagai waktu untukmembetulkan kehidupan atau membina peribadi anak-anak. Kerana waktu makan adalah program bersahaja yang besar impaknya dalam hidup.Antara didikan yang boleh diterapkan kepada anak-anak pada waktu makan:

1. Tunggu orang yang paling tua"Kalau ada ayah, suapan pertama hendaklah dimulakan oleh ayah.. Kalau tidak ada ayah, emak dulu. Rahsia di sebaliknya, bila dikekalkan begitu selama tiga bulan, akan tumbuh di hati anak rasa hormat kepada yang lebih tua walaupun di luar pandangan kita. Jadi kalau kita hendak tahu macam mana anak kita di luar pandangan kita, tengok waktu makan."

2. Baca bismalah dan guna tangan kanan"Anak kita tidak akan sanggup untuk memasukkan makanan ke mulut atau memegang sesuatu yang bukan haknya. Yang biasa dia ambil masuk kemulut dengan nama Allah dan biasa memegang yang halal dengan tangan kanan. Melalui amalan yang mudah ini, roh kita dimonitor oleh syariat. Amal an ini tak perlu pada tenaga dan wang ringgit yang banyak tapi perlu pada kesabaran dan istiqamah."

3. Ambil lauk terdekat dulu"Bagi cubitan lauk yang pertama, ambil yang paling dekat. Kenapa?Melatih sabar. Kali kedua jika hendak ambil yang jauh tak mengapa,itu dikira usaha ikhtiar untuk dapat yang lebih baik. Ia mempengaruhi corak kehidupan dan corak kita bekerja."Kalau ayah atau ibu hendak membina sifat penyayang, ambil lauk yang pertama letak di pinggan anak. Memang anak akan rasa lain. Kalau dia tak mahu lauk itu tak mengapa tapi kita memberi tu yang mustahak.Kalau kita buat macam itu, dia juga akan jadi macam itu pada orang lain. Kita sudah bina masyarakat penyayang di dalam rumah kita.Malah untuk latih anak cinta pada saudaranya yang lain, itulah waktunya."

4. Kawal suapan"Bila ambil makanan untuk suap ke mulut, jangan diangkat suapan seterusnya selagi di dalam mulut itu belum ditelan. Sesudah ditelan,baru angkat suapan seterusnya masuk ke mulut. Untuk apa? Melatih jangan tamak dan bersifat qanaah ? mencukupi apa yang ada. Atau lebih tepat, melatih syukur terhadap apa yang Allah kurniakan."Ustaz Sobri berkata, "Perkara ini kalau dilatih betul-betul, iaakan menumbuhkan sifat-sifat mulia di dalam diri. Sebab makan adalah perkara yang kita benar-benar buat dengan hati, sebab itu ia mempengaruhi roh."
Read more...

AdEr 9 SeBaB HATI KiTeR tAk BaHaGiA..




Banyakkan Zikrullah...



Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :

1. Pemarah- paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.
2. Pendendam- tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.
3. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.
4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui maknusia
5. Tamak- orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut...walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak...lagipun org tamak selalu rugi... ** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.
6. Tidak sabar- andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh..)
7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.
8. Riak- terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada..
9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah... Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati..

Kesimpulan :
Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH. Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA. Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain...andai kita terleka dengan dunia buruklahh padahnya. Wallahualam"
Read more...

Sunday, August 30, 2009

Amalkan..



Read more...

Mencari Cinta...

Bismillahirahmannirahim..

Ramai yang ingin bercinta sebelum berkahwin. Bagi mereka, apabila bertemu seseorang yang dapat menyentuh hati dan perasaan seperti di dalam filem-filem telenovela Korea, atau filem-filem Hindi barulah mereka akan bersedia mendirikan rumahtangga.

Selagi belum ada yang boleh mengusik hati dan perasaan, mereka akan menganggap semua itu bukanlah satu cinta sejati. Lalu mereka akan menjalani hidup mereka dengan berkhayal untuk menjumpai “Mr Right” atau “Ms Right” mereka.

Mereka akan berasa gembira dan ingin mendirikan rumahtangga apabila individu-individu ini tiba-tiba muncul dalam hidup. Itupun setelah mereka “betul-betul mengenali” individu ini, berselisih faham, bertekak dan berbaik semula, BARULAH mereka mendakwa diri mereka sedang dilamun cinta.

Apabila mendirikan rumahtangga, perasaan cinta itu dibawa bersama dengan harapan ia akan terus kekal begitu. Ramai yang terlupa atau tidak sedar bahawa tanggungjawab suami atau isteri adalah berbeza sekali dengan tanggungjawab sepasang kekasih, ia tidak terhad kepada menghantar dan menjemput dari tempat kerja sahaja. Ia lebih daripada itu.

Ada pula yang terlampau “bahagia” sehingga melupakan kedua orang tua. Ada juga yang berasa tertekan dengan kehadiran anak-anak yang dikurniakan oleh Allah.

Akhirnya alam perkhawinan mereka tidak menjadi seperti yang diinginkan, tidak seindah filem-filem telenovela Korea atau filem-filem cinta Hindi kerana ia akan diselubungi dengan pelbagai masalah.

ALAM PERCINTAAN SEBELUM BERKAHWIN

Bercinta sebelum berkahwin adalah sebahagian daripada budaya Hedonisme yang mengajar manusia fahaman “kebahagiaan hanya dicapai apabila ada keseronokkan di hati”. Akibatnya kebahagian itu hanya seketika kerana keseronokkan yang dilakukan kadang-kala mendatang masalah sosial dan masalah peribadi yang lain. Sedangkan Islam mengajar sesuatu yang lebih baik.

Budaya ini telah lama menyerap ke dalam masyarakat Melayu semenjak Hikayat 1001 malam dibukukan. Seseorang yang sedang khayal dan seronok bercinta dengan pasangannya akan menganggap diri mereka sedang menikmati kebahagiaan. Lalu kerana rasa bahagia inilah mereka membuat keputusan untuk mendirikan rumahtangga.

Persoalannya adalah mudah, mampukah kebahagian tersebut kekal 10 atau 20 tahun akan datang? Boleh atau tidak mereka berasa bahagia apabila hadir di antara mereka anak-anak dengan pelbagai kerenah.

WANITA MENGADU TENTANG CINTA KEPADA UMAR

Pada zaman Umar Al-Khattab r.a. sebagai khalifah, ada seorang wanita yang datang mengadu dan mengaku kepada beliau r.a. bahawa dirinya tidak lagi mencintai suaminya. Dia lalu meminta nasihat daripada Umar r.a. apakah cara terbaik dalam mengatasi masalah ini. Katanya hidup yang tidak dihiasi dengan cinta amat membosankan.

Lalu Umar berkata “Jika ada di antara kamu, wahai perempuan, yang tidak cinta kepada seorang di antara kami para lelaki, tidak usahlah hal itu dikhabarkan kepadanya (suami itu). Kerana hanya sedikit rumahtangga yang dibina berdasarkan cinta. Kebanggaan hanyalah (rumahtangga) yang didirikan atas dasar hasab.”

Hasab di sini bermaksud kemulian budi, sifat dermawan, sopan santun, akhlak yang baik dan sebagainya yang menyebabkan seseorang itu disegani. Dalam erti kata moden, imej yang baik.

Kata-kata ini membawa maksud bahawa, amat jarang sekali sesuatu perkahwinan yang membanggakan dibina berdasarkan cinta. Perkahwinan yang menjadi kebanggaan biasanya dibina atas dasar hasab yang baik.

Ini adalah satu kata-kata emas yang jika direnung, ia membawa maksud yang amat mendalam. Sebenarnya terdapat pelbagai elemen lain yang dapat mempengaruhi kebahagiaan dan kebanggaan sesuatu rumahtangga selain cinta dan seks.

DISEBALIK PERKAHWINAN

Sepasang manusia yang diijab-kabulkan akan melalui pelbagai ujian daripada Allah swt. Masing-masing akan melihat kelemahan dan kelebihan diri yang lain. Justeru akan muncul pula perasaan benci, marah dan sebagainya. Tambahan pula, sebagai manusia kita tidak akan lari dari melakukan kesilapan. Keadaan akan menjadi buruk apabila kesilapan-kesilapan yang dilakukan menghakis sedikit demi sedikit perasaan cinta yang menjadi asas perkahwinan tersebut.

Dititik inilah biasanya muncul masalah “suami curang” atau “isteri curang”. Masing-masing cuba mencari cinta baru dari luar rumah. Perilaku-perilaku ini seterusnya akan mewujudkan situasi yang amat buruk apabila perasaan cinta itu didorongi pula oleh nafsu seks.

Apabila cinta itu terhakis, apa lagi yang tinggal dalam perkahwinan? Adakah ia mampu bertahan sehingga ke akhir hayat atau sebaliknya. Kita melihat banyak kes-kes penceraian di dada akhbar setiap hari. Kebanyakkannya berkahwin kerana cinta semasa mereka dan bukannya kerana menganggap bahawa perkahwinan adalah suruhan agama.

APABILA CINTA TIDAK MENJADI ASAS

Berbeza keadaan dengan rumahtangga yang tidak dibina atas asas cinta. Percintaan hanya wujud selepas perkahwinan. Banyak rumahtangga yang berjaya dibina berpuluh-puluh tahun lamanya dan dapat bertahan sehingga dipisahkan oleh liang lahat. Semakin hari semakin mesra, semakin sayang, semakin bahagia.

Setiap hari kedua-dua pasangan sama-sama belajar mengenali satu sama lain. Berbeza dengan mereka yang mendirikan rumahtangga yang berasaskan cinta dan seks, mereka yang mendirikan rumahtangga atas sebab hasab akan menjumpai lebih banyak nikmat lain, mereka akan menjumpai kebahagian di dunia.

Atas dasar itulah kita sering lihat masalah penceraian adalah perkara biasa pada zaman sekarang. Padahal ia adalah sesuatu yang jarang didengari dalam masyarakat Melayu lama. Masyarakat Melayu lama berkahwin bukan kerana soal seks atau cinta, tetapi pernikahan mereka adalah berdasarkan hasab.

Siti Khadijah r.a. tidak pernah bercinta dengan Rasulullah s.a.w. . Beliau terpikat dengan Rasulullah s.a.w. disebabkan budi pekerti dan akhlak Rasulullah s.a.w. yang mulia. Perkahwinan beliau dengan Rasulullah s.a.w. kekal sehingga akhir hayat beliau. Faktor usia, harta dan keturunan bangsawan Rasulullah s.a.w. bukanlah faktor utama.

Terdapat beberapa riwayat hadith yang menceritakan bagaimana sayangnya Rasulullah s.a.w kepada Khatijah r.a. melebihi isteri-isterinya yang lain. Di antaranya :

Aisyah r.a. berkata, Aku tidak pernah cemburu kepada seorang pun dari isteri Nabi s.a.w seperti cemburuku kepada Khadijah karena Rasulullah banyak menyebutnya dan menyanjungnya dan setiap kali menyembelih kurban Nabi s.a.w. akan menyisihkannya sebahagian untuk dikirimkan kepada perempuan-perempuan sahabat Khadtijah. Kadang-kala aku berkata, “Seperti bumi ini tidak ada perempuan lain selain Khadtijah” Nabi s.a.w bersabda, “Demikian banyak kelebihan Khadtijah, dan darinya aku memperoleh anak. {Riwayat Bukhari}

Sejarah tidak melakarkan bahawa Rasulullah s.a.w pernah melalui zaman percintaan bersama dengan Khadtijah r.a. sebelum mereka berumahtanggga. Malah Muhammad Hussein Haekal menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w bimbang akan kedudukkan kewangannya apabila dicadangkan oleh Nurfaisah untuk berkahwin dengan Khadtijah r.a. {Sejarah Hidup Muhammad (terjemahan Ali Audah), Litera AntarNusa, Mac 2006, m/s 67}Ini menunjukkan bahawa Rasulullah s.a.w tidak ada apa-apa hubungan dengan Khadtijah r.a. sebelum mereka berkahwin. Perkahwinan beliau r.a. dengan Khadtijah r.a. merupakan satu perkahwinan yang terhormat dan berasaskan hasab.

Ini adalah selaras dengan wasiat Rasulullah s.a.w. kepada kita agar memilih calon-calon pasangan hidup yang beragama dan bukannya berasaskan percintaan. Hanya mereka yang menjiwai agama adalah mereka yang mempunyai budi pekerti dan akhlak yang baik.

KESIMPULAN

Amat bijak sekali sekiranya kita mengambil keputusan untuk tidak menunggu lagi kemunculan “cinta sejati” Sebaliknya kita mula mencari mereka yang mempunyai agama yang baik, kahwinilah dan belajar mencintai mereka selepas berkahwin, kerana kebahagiannya telah pun dijamin oleh Rasulullah s.a.w., malah Allah telah menjanjikan rahmatNya. wallahualam.
Read more...

Kek Coklat Kukus















Skrang nie.. aku ade hobi baru..
Hobi membuat kek.. Baru2 nie aku try buat kek coklat kukus.. Alhamdulillah ... menjadi akhirnyer.. Sebelum ni punya la payah nk buat .. banyak kali try.. x jadi2.. At last.. you all tgk la gambar kat sebelah yer.. Best tak?
Must remember.'Practice makes perfect'

Bahan A
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak
1/2 cawan susu pekat

Bahan B
1 1/4 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat1 sudu teh baking powder(ayak bersama)
1 sudu teh esen vanila
3 biji telur

Cara-cara:
1.Masak dan cairkan bahan A atas api yang kecil hingga sebati.
2.Sementara masak bahan A,pukul telur hingga kembang.
3.Campur bahan A yang telah masak tadi ke dalam telur yang sudah kembang berserta esen
vanila,pukul hingga sebati.
4.Akhir sekali masuk bahan B yang telah diayak bersama-sama,kacau hingga sebati.
5.Masukan ke dalam baking tray dan kukus sekurang-kurangnya 1 jam.(penutup kukus
hendaklah di balut dengan kain bersih)

@@@@ SELAMAT MENCUBA@@@
Read more...

Saturday, August 29, 2009

Goodbye....

Huwaaa.....sedihnyer...
Esok akue dah nak balik .. After sahur dh kn gerak ke ibam. Coz tomorrow I have an extra class for year 6 at 8 o'clock . Maklumlah..x lama lagi my students nk exam dah.. UPSR just around the corner. Semoga anak-anak didikku berjaya mencapai kecemerlangan ..
Read more...

Friday, August 28, 2009

Rahsia senyuman...

Banyak rahsia senyuman yang perlu korang tahu.....


1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging
dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna
kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.

2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan
sahaja berupayamenceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada
kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira.
Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.

3. Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu
badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita
hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan
penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi
menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.

5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat
kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa,
tekanan darah dan kadar dengupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan
turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.

6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-
kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya
15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah
diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.

7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California
menjelaskan terdapat dua jenis 'stress' iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik.
Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan
memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.

8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen.
Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan
disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa. Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas
kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati
peningkatan hormon semakin baik seperti hormon 'endorphins' dan hormon
'neurotransmitters' dan penurunan tahap hormon stress 'cortisol' dan 'adrenaline' .

9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah
selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang
penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan
penyakit).

10.Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam
darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian
terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai
kaitan dengan sakit jantung.

11.Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung
merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat
Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40
peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.

12.Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma,
abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa 'mengurut' organ
dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan
meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan
psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

13.Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan
pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh
membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.

14.Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan
senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang
kronik. Senyum tidak perlu modal, hanya sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan
senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin
juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan
sesebuah ikatan.


Pujangga menyebut :" SENYUM ITU KELOPAK. KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA".
Read more...

Thursday, August 27, 2009

apa itu senyuman??








senyuman???

menurut beberapa istilah senyuman dikatakn ukiran pda wajah yang paling cantik.... apapun masalah,hadapilah dengan snyuman..yang terjadi,biarkan terjadi....hadapilah dengan jiwa tenang...bila Tuhan mnentukan kita hnya mampu berserah padaNya...biar dirundung masalah wajah mesti ceria dan snyumlah untuk mngembirakan orang yang berada di sekeliling kita...oleh itu,ukirlah senyuman yang paling manis kerana selain sedekah senyuman itu ibarat lukisan rahsia hati dan senyuman itu tidak mnyakitkan tetapi menjadi pnawar hati yang sakit..kesimpulannya,... hiasilah diri anda dengan sejuta senyuman kerana dunia akan tersenyum melihat senyuman itu...



Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My OfFiCe