SeInDaH SaLaM.. SeMaNiS SeNyUmAn

"BeAuTiFuL DaY"

Daisypath Anniversary tickers

My StReNgHt

xslide1.gif xslide2.gif xslide42.gif

bHQ9MTI1MDE3NzY3Njc*NiZwdD*xMjUwMTc3Nzg3NzY2JnA9NTQ3ODEmZD*mbj1mcmllbmRzdGVyJmc9MSZvPTI*ZTMxM2VmNDIyODQ4ZTk5OWFkZWJiMDAzZWRjZTY3.gif

My WeDdINg

Sunday, February 28, 2010

KeTeNaNgAn AbAdi

Tidak ada ketenangan yang benar2 tenteram selain berada disisi ALLAH... Kerana ALLAH menyintai ketenteraman AS-SALAM, ketenangan & kesejahteraan itu adalah salah satu nama-NYA... Semakin kita dekat pada ALLAH semakin diri kita merasa tenang, walaupun musibah menimpa... Musibah sekadar ujian untuk memantapkan iman kita... Manusia yang sabar akan sentiasa dicintai ALLAH...

Airmata tanda masih mempunyai rasa itu tandanya kita manusia,air mata membasuh dosa, air mata jua tanda kesyukuran sejernih warnanya..ada ketika, ianya untuk menceritakan apa yg ada di hati...fitrah manusia hari pertama di dunia kita menanggis ... memang ia perkara pertama yg kita tahu untuk menyatakan segala keperluan pada si ibu .... akhir usia kita juga di tangisi datang dgn air mata pergi pun sama akrab nya kita dgnnya teman suka dan duka dlm air mata tercerita seribu satu kisah..

Terima kasih kerana menjadi kawan, teman dan sahabat saya...

Read more...

10 WoRdS LeTtErS


The most selfish one letter word..........."I" -- Avoid it.

The most satisfying two-letter word........"WE" -- Use it .

The most poisonous three-letter word......."EGO" -- Kill it.

The most used four-letter word........"LOVE" -- Value it.

The most pleasing five-letter word......."SMILE" -- Keep it.

The fastest spreading six-letter word......"RUMOUR" -- Ignore it.

The hardest working seven-letter word....."SUCCESS" -- Achieve it.

The most enviable eight-letter word......."JEALOUSY" -- Distance it.

The most powerful nine-letter word......."KNOWLEDGE" -- Acquire it.

The most essential ten-letter word......"CONFIDENCE" -- Trust it
interesting right?

Read more...

Friday, February 26, 2010

MauLIdUr RaSuL



Read more...

Tuesday, February 23, 2010

'''MuHaSaBaH DiRi'''

Umurku semakin berkurangan..

Adakah amalku bertambah atau dosaku bertambah? Adakah amalku berkurang atau dosaku berkurang? Adakah aku masih manusia yang masih belum mengerti erti hamba?

Wahai diri...

Kembalilah kejalan Tuhan-Mu...

Wahai diri...

Bersihkanla dirimu...

Muhasabahlah jiwa mu...

Lunakkanlah hatimu dalam mengingati-Nya...

Jangan engkau hanya pandai mengatakan cinta,

Tapi setelah engkau di uji ternyata engkau pendusta..

Huh!,
Aku sungguh zalim...

Read more...

.. AmPuNkAn Aku ..

Air mata ini menitis lagi ..

Ampunkan aku Ya Allah...
Diri ini mendamba Cinta-Mu Yang Maha Suci...
Hidup ini mendamba Redha-Mu...
Mati ini mendamba lembayung Rahmat-Mu...
Aku damba ampunan-Mu Ya Illahi...

Read more...

Thursday, February 18, 2010

Engkau Yang aku Cinta - Teramat Cinta


Ya Allah..
Disaat aku berdosa…
Engkau ampunkan…
Disaat aku lupa…
Engkau ingatkan…
Di saat aku kecewa…
Engkau beri harapan..
Disaat aku derita..
Engkau selamatkan…
Di saat aku tidak endahkanMu..
Engkau endahkan aku..
Disaat aku berpaling..
Engkau mengajak aku kembali..

Ya Allah..

Engkaulah maha pengampun..
Maha penyabar diatas dosa2 ku…

Ya Allah..

Aku bermohon padaMu..
Ampunkanlah dosaku..
Dosaku ketika aku lemah…
Dosaku ketika aku kuat..
Sesungguhnya aku berharap petunjukMu…

Read more...

Ku MiLiKmU Ya ALLAH


MUNAJAT HAMBA

" Ya Allah, letakkanlah dunia ini di tapak tangan ku tapi bukan di hati ku"

" Ya Allah, janganlah KAU uji aku dengan sesuatu yang tak mampu aku tempuhi, dan andainya KAU berikan aku ujian, maka kepilkan bersama ujian itu kekuatan untuk ku tempuhinya"

" Ya Allah, jadikanlah daku manusia yang bermanafaat kepada manusia yang lain"

Read more...

HuKuM

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمنالرحيم..الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرفالمرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين
Hukum Menyambut Hari Valentine
Oleh Mohd Yaakub bin Mohd Yunus

Tarikh 14hb Februari merupakan hari yang dianggap keramat oleh pasangan-pasangan yang sedang berkasih. Hari yang dikenali sebagai Valentine’s Day atau Hari Memperingati Kekasih dianggap sebagai satu masa untuk mengisytiharkan ketulusan cinta kepada pasangan masing-masing. Maka pada 14hb Februari pasangan-pasangan kekasih ini akan memakai pakaian-pakaian yang terbaik dan sebaiknya hendaklah ia berwarna merah, bertukar-tukar hadiah dan seeloknya adalah bunga ros berwarna merah. Pasangan-pasangan kekasih ini juga akan bercanda di merata-rata tempat sehingga terjadilah adengan-adengan maksiat yang bertentangan dengan syarak demi untuk membuktikan kasih dan sayang mereka yang tidak ternilai harganya.

Huhu, janganlah kita menyambut hari Valentine ni. Tolonglah~
Read more...

BaSaHi LiDaHmU



Read more...

Thursday, February 11, 2010

WaNiTa & SeMaLu






Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.
Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan
tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.
Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).
Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.
Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.
Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.
Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.

Read more...

KeBaHaGiAaN RuMaHtAnGgA

Tanpa sebuah persefahaman, tidak mungkin istana yang dibina menemui kebahagiaan sebagaimana diharapkan. Biar berjuta halangan merentangi namun jika tersurat kasih dan sayang dua insan berkenaan, pasti ia menemukan ketulusan yang abadi. Dalam melayari rumah tangga berdua, pasti banyak onak terpaksa dilalui. Hanya mereka yang kuat, tabah dan mampu mendepani segalanya bakal menjulang kebahagiaan. Di sini ada 63 petua yang boleh dijadikan amalan pasangan suami isteri yang melayari rumah tangga.
1. Doa yang berterusan.
2. Patuh ajaran agama.
3.. Murah dengan pujian.
4. Murah dengan khidmat.
5. Murah dengan belaian kasih sayang.
6.. Murah dengan sentuhan.
7. Mencari kebaikan pasangan.
8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda.
9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.
10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan.
11. Menilai diri daripada perspektif pasangan.
12. Berfikiran terbuka - boleh tegur menegur.
13. Berani mengambil risiko emosi - tegur/perubahan/ berpisah sementara.
14. Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan.
15. Tolak-ansur.
16. Menghormati dan mengambil kira ¡gerak batin¢ (intuition) perempuan.
17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata.
18. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan..
19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan.
20. Sanggup berkorban buat pasangan.
21. Menghormati pasangan.
22. Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada.
23. Perhubungan seksual yang sihat dan diredai.
24. Menghormati perbezaan dalam diri pasangan.
25. Sentiasa bermaafan sebelum tidur.
26. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan.
27. Meletakkan hak kepada pasangan.
28. Tidak menjadi hamba kepada pasangan.
29. Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan.
30. Mengawal marah. Buat perjanjian.
31. Mencari penyelesaian dalam situasi menang-menang
32. Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah.
33. Menghormati sifat semula jadi pasangan.
34. Memahami peranan pasangan¢.
35. Hubungan perasaan sesama pasangan.
36. Jangan simpan ketidakpuasan,sedih,marah atau benci dlm hati.
37. Bentuk kod kasih sayang & anda berdua saja yg tahu.
38. Sengaja merancang utk membaiki hubungan suami isteri.
39. Tujuh kali puji dan satu teguran.
40. Sebut ¡I love you¢ sepanjang masa.
41. Banyakkan bergurau dan bermesra.
42. Sentiasa berterus terang.
43. Beri masa untuk perubahan berlaku - sabar.
44. Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran.
45. Elakkan salah pasangan.
46. Cari titik pertemuan.
47. Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga.
48. Lebih banyak memberi daripada menerima.
49. Minta nasihat, pandangan atau maklum balas daripada pasangan.
50. Sentiasa bersemangat - bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan sebagainya.
51. Seimbangkan hubungan dari segi:
(a) Mental, pendidikan dan ilmu
(b) Emosi
(c) Fizikal dan ekonomi
(d) Sosial
(e) Spiritual
52. Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa).
53. Tidak terlalu mengongkong.
54. Tidak bertindak bersendirian.
55. Memberi peluang untuk berbeza:
(a) Pendapat atau pandangan
(b) Hobi
(c) Kegemaran
(d) Makanan
(e) Cita rasa
(f) Warna pilihan dan pelbagai
56. Humor atau lawak dari semasa ke semasa.
57. Minta bantuan untuk memecahkan kitaran negatif.
58. Berwawasan dan pandang ke depan (tidak terjebak dengan masalah semasa).
59. Tidak meminta yang bukan-bukan.
60. Bentuk undang-undang atau peraturan dalam rumah tangga.
61. Mencari kelainan dan perubahan positif.
62. Elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun.
63. Reda, syukur dan tawakal kepada Allah s.w.t.


Read more...

Tuesday, February 9, 2010

BaLiK KaMpUnG..ooooooo

Hmmmm... rindunyer kat my family..
dok sabor rasenyer nak balik kg mggu ni.
Tp.. Jumaat ni balik umah hubby dulu kt Chini.
Lepas tu br balik Melaka.
Lagipun.. aku cuti lamer tuuu..
Sekolah aku pun sambut raye cina..hehehe
Soooo..sepanjang cuti ni..aku nk buat ape ek..
Tgh dok pikir program ape nk buat?
My hubby.. cuti smpai selasa jer..
Maklumlah..kami di bidang yg berlainan.
My hubby, dia keje di TNB Shah Alam.
Kalau dia cuti... bergelaplah Shah Alam tue..hehehe..


Read more...

Monday, February 8, 2010

PuSaT PeNdIDiKaN

WARGA PENDIDIK 2010
SK BUKIT IBAM

STAFF SOKONGAN
SK BUKIT IBAM 2010

Read more...

Monday, February 1, 2010

WaRnA HiDuPkU

Assalammualaikum.... Hmmm.. dh lamer x berblog.. Busy sikit ler.. Maklumlah br lps mendirikan rumahtangga..br belajar nk sesuaikan diri. Byk perkara yang perlu dipelajari. Hmmm.. hr ni aku free... sooooo bleh la berblog...
Hmm.. Biru ialah 'blue'... blue ialah 'biru' ..hehehe samekan maksudnya. So, biru is my favourite colour. Klu tgk warna biru..rase tenang jerk.. So..kt bwh ni cite ttg diri aku.. bc lah yer..kot2 ader yg terkena kt diriku...
Biru

Mereka ini mudah memberikan perhatian kepada orang lain dan mahir berkomunikasi. Mereka yang mempunyai aura berwarna biru selalu ingin disayangi tetapi agak ragu-ragu di dalam soal ini kerana mereka inginkan diri mereka disayangi melebihi daripada apa pun yang ada di dunia ini.

Selain itu, mereka ini terlalu dramatis dalam soal percintaan dan cenderung untuk memanipulasikan orang lain. Namun, mereka ini mampu merasakan dan mengetahui apa yang difikirkan orang lain dan mempunyai ramai teman.

Orang di sekeliling mereka sangat senang untuk bergaul dengan mereka tetapi malangnya mereka yang beraura biru senang untuk diambil kesempatan kerana sifat mereka yang murah hati dan tidak ego.

Saranan untuk mereka ini adalah untuk belajar untuk menjadi lebih tegas supaya tidak akan dipergunakan oleh orang lain.

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My OfFiCe