SeInDaH SaLaM.. SeMaNiS SeNyUmAn

"BeAuTiFuL DaY"

Daisypath Anniversary tickers

My StReNgHt

xslide1.gif xslide2.gif xslide42.gif

bHQ9MTI1MDE3NzY3Njc*NiZwdD*xMjUwMTc3Nzg3NzY2JnA9NTQ3ODEmZD*mbj1mcmllbmRzdGVyJmc9MSZvPTI*ZTMxM2VmNDIyODQ4ZTk5OWFkZWJiMDAzZWRjZTY3.gif

My WeDdINg

Showing posts with label Doa. Show all posts
Showing posts with label Doa. Show all posts

Friday, July 30, 2010

My HeArT & SoUL

Inilah kedua ibu bapa ku
yang amat ku sayangi
Haji Zainal & Hajah Kamsiah

Read more...

Sunday, July 11, 2010

DoA PaGi

Ya Allah, Ya Tuhan Kami,
Kami sambut kedatangan hari ini dengan kesyukuran kepada Mu. Sempurnakan nikmatMu untuk kami pada hari ini dan kekalkanlah nikmat yang telah engkau kurniakan kepada kami selama ini dan kurniakan kelazatan untuk kami dalam mengecap akan segala nikmat yang dikurniakan kepada kami.

Ya Allah Ya Tuhan Kami,
Kami memohon kepada Mu akan nikmat secukup-cukupnya, memohon kesihatan semulia-mulianya, memohon rezeki semewah-mewahnya, memohon umur setua-tuanya, memohon rahmat dan nikmat sebanyak-banyaknya, memohon anugerah sebaik-baiknya, memohon sifat lemah lembut yang sehalus-halus Hikmahnya, memohon amal yang sebenar-benar faedahnya.

Aminn..


Read more...

Saturday, June 5, 2010

Doa Seorang Isteri.....

Buat Suamiku..

Azman Bin Hashim


Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosaku yg telah ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dgn kesabaran yg tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
kau peliharakanlah lidahku dr kata2 nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
sekiranya suami ku ini pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suamiku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adlh bidadara untuk ku ke Jannah Mu
Limpahkanlah aku dgn sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suamiku ini adlh yg terbaik untukku di duniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata2ku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yg dirahmati oleh Mu
Berilah aku kesabaran utk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi Ya Allah
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlah aku jalan yg terbaik utk aku harungi segala dugaanMu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan duniaMu
Limpahkanlah aku kesabaran utk terus membimbingnya
Sekiranya suamiku tunduk terhadap nafsu yg melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatanMu untuk aku perbetulkannya keadaannya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena

Ya Allah
Kau yang Maha Mengetahui apa yg terbaik utk ku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan keterlanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan,bimbinglah aku ke jalan yg Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sbg seorg isteri
Kau hukumlah aku di dunia tetapi bukan di akhiratMu
Sekiranya aku ingkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk ke arah RahmatMu

Ya Allah sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa rahmatMu

Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku utk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri yg solehah
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu

Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniaMu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu

Ya Allah Ya Tuhanku
Aku hanya ingin menjadi isteri yg dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa di hati suamiku..

Amin,amin Ya Rabbal Allamin..

~Ya Allah sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa rahmatMu~


Read more...

Sunday, May 9, 2010

HePi MoThEr'S DaY


Happy Mother's Day
to

My beloved mother

Hajah Kamsiah bt Haji Mohd Din

I Love You
Soo Much
Thanks for everything


Read more...

Wednesday, May 5, 2010

LuAhAn HaTiKu

Setiap kali selepas bersolat..
Aku selalu menadah tangan untuk berdoa..
Aku selalu berdoa
agar..

Kedua ibu bapaku..
dipanjangkan umur dan di murahkan rezeki.
Jauhilah mrk dr segala masalah..

Begitu jg buat adik2ku..
Aku sentiasa mendoakan untuk mereka..
supaya perjalanan hidup mrk dipermudahkan..
dan mrk berjaya di dlm hidup mrk.

Buat suamiku..
semoga hubungan kami berkekalan
hingga akhir hayat.
dan terima kasih krn sudi menerima diriku
yg serba kekurangan .

Buat diriku...
Aku x minta ape2 padaMu Ya ALLAH..
Aku hanya bermohon padaMU...
Agar KAU panjangkan umur ahli keluargaku..
dan berkatilah hidup mrk..
Kau tabahkan hati mereka dalam menghadapi segala dugaan yg mendatang

Ya ALLAH Ya Tuhanku..
Sesungguhnya..
Kau Adalah Maha Pengasih & Maha Penyayang..
Kau selamatkan ayahku
Ayahku akan menghapi pembedahan jantung.
Kau panjangkan lah umur ayahku
Ya Allah Ya Tuhanku..
Kau ambil lah nyawaku sbagai ganti buat ayahku..
Adik2ku amat memerlukan ayahku..
Panjangkanlah umur dan selamatkanlah ayahku.

Amin... Ya Rabbal Alamin

Read more...

Monday, April 26, 2010

***PeRmAtA HaTiKu***


Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang. Tapi di depan orang yang kita suka, hati kita akan gembira.

Di depan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga. Di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin sahaja.

Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku. Jikalau kita melihat mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum.

Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata-kata. Di depan orang yang kita suka, lidah bebas berkata apa saja.

Di depan orang yang kita cintai, kita menjadi malu. Di depan orang yang kita suka, kita akan tunjukan image yang sebenarnya.

Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita cinta. Tapi kita selalu merenung mata orang yang kita suka.

Bila orang yang kita cinta menangis, kita akan turut menangis. Bila orang yang kita suka menangis, kita akan membuat dia gembira.

Perasaan cinta bermula dari kata. Perasaan suka bermula dari telinga.

Read more...

Thursday, April 8, 2010

SeLaMaT HaRi LaHiR


HaPpY BiRtHdAy
SwEeT 29


" Moga sihat selalu dan dipanjangkan umur dan diberkati di dunia dan diakhirat. Semoga dimurahkan rezeki dan di kurniakan zuriat soleh dan solehah "

Amin... Amin... Ya Rabbal Al'amin


Read more...

Thursday, February 18, 2010

BaSaHi LiDaHmU



Read more...

Sunday, December 27, 2009

Me & My HuSbAnD

" Ya Allah dengan redhaMu jadikan kami sepasang suami isteri yang saling mencintai di kala dekat dan menjaga kehormatan kami di kala kejauhan. Saling menghibur di kala duka dan saling mengingati di kala bahagia. Saling mendoakan dalam kebaikan dan ketaqwaan serta menyempurnakan amal ibadat. Ya Allah, sempurnakanlah kebahagiaan kami dengan menjadikan perkahwinan ini sebagai ibadah kepadaMu serta bukti cinta kami kepada RasulMu"
Azman & Hazrina
4 Disember 2009



Read more...

Wednesday, December 23, 2009

@@@ My WeDDinG DaY @@@

My Happy & Lovely Family
I Luv you all
My Heart & My Soul

My Flowers
My Lovely Sisters

My Second Family

Read more...

Sunday, August 30, 2009

Amalkan..



Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My OfFiCe